Cinta Hati Nad

Senaman kurus selama 2 minit

Bismillahirahmannirrahim .. 
Haritu Nad tengok satu rancangan tv korea iaitu STARKING . Dimana pengacara dia ialah Kang Ho Dong dan beberapa orang artis korea yang lain . Dalam rancangan tu ada sorang ni datang dan bagi cara untuk kurus dan senaman ni hanyalah menggunakan satu botol air yang bersaiz besar spt saiz botol 100plus . tahukan ? ok hanya menggunakan botol 100plus . Jom tengok cara cara dia
  1. Pegang botol 100plus kehadapan dan tekan sekuat hati
  2. Turunkan badan secara perlahan lahan seperti duduk di bangku , bukan duduk terus taw !
  3. Selepas itu bangun semula secara menegak .
  4. PASTIKAN KEPALA DAN BADAN ANDA MENEGAK !
* yang penting pernafasan hakak habang mesti tenang dan betul . ok ? 

Senangkan ? Amalkan setiap pagi sebelum pergi skolah atau kerja selama 2 minit ok ? 2 minit je taklama . Duduk dalam lift pon bole buat asalkan anda seorang diri yerk dalam lift tuu :v nantikan senaman yang lain ya ? 

Love From
Nad

Bakal Melaksanakan Giveaway Topup

 

Bismillahirahmanirrahim :) 

Nad terfikir untuk buat giveaway tetapi hanya berkaitan topup . ye laa dulu Nad amik untuk barang posting ada yang menipu , lastly Nad yang kena . sedih betoii . Nad nak buat Giveaway sempena cuti sekolah . So now Nad nak collect untuk sponser topup . Takkira la maxis , celcom , digi or umobile . Up to sponser . Bilangan pemenang dan jumlah topup pun takkisah . yang ikhlas dan jujur nak sponser boleh leave email or facebook untuk Nad contact . Or lagi senang korang contact Nad . 

Email : nadiarazak4@gmail.com
FB : Iera Nad 

Nad harap giveaway ni akan berjaya dilancarkan untuk tahun ni dan berjaya , amin . Tarikh tutup contact Nad ialah 20.11.2014 . 

Mini Giveaway Tengkubutang bersama Embun Beauty House

 


Bismilahirahmanirrahim . Nad berminat nak join Giveaway by TengkuButang and EmbunBeautyHouse kerana hadiahnya menarik ! firstime Nad nak join GA by TengkuButang ni taw ! excited skit lerr .

HADIAH-HADIAH ADALAH SEPERTI BERIKUT :
NO.1
Jam Hiasan
NO.2
1 Paket Coklat Daim
N0.3
Bawal Cantum
NO.4
Bawal Channel
NO.5
Bawal Rose Ayu
NO.6
Keychain Comel untuk 2 pemenang

Tengok ! Menarikkan ? Jom join . Tamat pada 30 OCTOBER 2014 . 7 hari je lagi ! Goodluck Nad ucapkann :) 


Love From
Nad

Fakta Dan Cara Mencegah Tekanan Perasaan .

  

Bismillahirahmanirrahim . 

- Harini Nad nak cakap serba serbi tentang tekanan perasaan . Tekanan perasaan berlaku apabila seseorang itu terasa dipinggirkan , dipulaukan dan seangkatannya . Tekanan perasaan kebanyakkan nya membawa keburukan dalam hidup kita sebagai manusia . Keburukan yang ringan tentang tekanan perasaan ni ialah hidup jadi taktentu arah . semua yang dia buat rasa takkena and selalu rasa nak marah . Keburukan yang paling terok ialah penyakit mental . Ini boleh berlaku ya kepada kita kalau terlampau banyak berfikir tentang masalah yg dihadapi . Cara mencegah ialah kita cuba berkongsi masalah dengan rakan rakan terdekat atau ahli keluarga . ataupun bila merasa tekanan perasaan ni datang dr ahli keluarga atau rakan rakan jumpa doktor yang berkaitan atau yang masih bersekolah boleh berjumpa dengan guru kaunseling . Takperlu rasa malu , kita luahkan apa yang kita rasa dan minta pendapat . 

- Macam Nad , apabila Nad rasa stress atau marah Nad akan ingat Allah , berzikir . Alhamdulillah cara ni dapat membantu Nad kurangkan stress . Cara kedua Nad buat adalah lepak dengan kawan-2 yang boleh bagi Nad happy . macam ada kawan Nad ni otak dia memang gila-2 , so Nad pon kadang-2 terjebak jugak gilanya tu tapi takde lah disebabkan tekanan perasaan . okeh ? mungkin ayat Nad agak serabut , tapi harap korang boleh fahami apa yang Nad nak sampaikan dalam entry ni . Bye 

Love from
Nad





Cita cita akuu ....

 
Cita cita akuu ..
 
 
 
 Nad ingin menjadi seorang bisneswoman yang berjaya . dann penyanyi blogger sebagai cita cita partime . eh , partime pon boleh aaa *senyum sumbing* Actually Nad teringin jugak nak publishkan video nyanyian Nad kat dalam blog ni sebagai cover .. tapii ..... maluuuuuuuuuuuuuuu >< kang ada yang bash suara katak kangg , eii taksanggupp ! tapi kalau ada permintaan , insyaAllah akan dipertimbangkann . "werkk ! muntah pelangi guwe nak dengar suara Nad " hahaha mesti korang cakap cenni kan bila baca post nii xD InsyaAllah Nad akan jadi bisneswoman yg berjaya ! dah ada planning just tunggu time and kachingkaching jee :) Doakan yaa

-Nak kenal Nad lebih dekat ? jom add Nad di laman sosial dibawahh ! *tambah kawann ^^
Instagram ; @_nvd_
wechat ; ieramomochuki

Love from
Nad

I'm Coming Home :)

  

Hai . Rindu Nad tak ? takrindu takpa takkisahh :p actually Nad sibuk dengan aktiviti sekolah hingga blog pun dah tak active . Now Nad kembali . InsyaAllah Nad akan update entry setiap hari . Nad nak buat blog yang mempunyai pelbagai fungsi seperti makanan , aktiviti manfaat , kehidupan dan lain lain . InsyaAllah . Doakan Nad ya . Minggu depan Nad akan menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun dan minggu ni nak STUDY SMART . Doakan ya semoga lulus :) Dan bagi yang taktahu Nad ni bakal calon PT3 pd tahun depan . So dah rasa neves skrgg :p Ok tu ja nak bgtaw . Nad takfamous mcm blogger lain tapi InsyaAllah Nad akan usaha nak jadi spt Kak Emas Putih , Abang Ben Ashaari dan yang lain . Most important is 2 orang blogger yang Nad sebut ni is my idol in my life :) Ok bhaii 

Love From
Nad .